Monday 8 October 2012

Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang

Pada hari Ahad 7 Oktober 2012, terciptanya sejarah Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang sebagai cawangan yang pertama di Malaysia ini. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dihadiri oleh para hadirin yg dijemput khas seramai lebih kurang 200 orang dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran diikuti dengan ucapan kata alu-aluan dari pihak RMC Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan khas pihak RMC Indonesia. Selanjutnya para hadirin mendengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin dari Darul Huffaz. Kemuncak majlis adalah upacara menandatangani Plaque yg dilakukan oleh Haji Iyus Ruslan , Pengasas RMC . Akhirnya tayangan video khas dengan lagu korporat RMC telah di persembahkan. Dan akhirnya semua hadirin dijemput menikmasti hidangan yg disediakan.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian para hadirin dan tetamu serta pelanggan yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.









No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen dan cadangan