Friday 3 August 2012

Progress Rumah Makan Cibiuk-Part2

Segala kerja pengubahsuaian sedang berjalan lancar. Berikut adalah foto progress kerja renovasi setakat
 3 Ogos 2012.

Musolla siap diplaster

Lesehan dan Kaunter

Lesehan

Kaunter

Progress Rumah Makan Cibiuk-Part1

Kerja-kerja pengubah-suaian bagi Rumah Makan Cibiuk ini telah bermula pada pertengahan Julai 2012 yg lepas. Berikut adalah sebahagian dari gambaran kerja-kerja yang telah bermula dan status pada 25/7/2012.

Musolla dan Lesehan

Border untuk Dapur

Bahagian Dapur


Rumah Makan Cibiuk Malaysia

Bagi mereka yang sudah biasa pergi ke Bandung berkemungkinan besar pernah menjamu selera di rangkaian restoran makanan Sunda  yang dikenali dengan nama Rumah Makan Cibiuk. Rumah makan ini amat terkenal dengan sambalnya yang lazat, unik dan tidak memedihkan mulut. Terdapat 12 jenis sambal yang biasa di hidangkan kepada pelanggan dan yang paling terkenal adalah sambal hijaunya. Kini bagi mereka yang meminati hidangan Sunda dari Cibiuk ini , mereka boleh menikmatinya di Malaysia apabila Rumah Makan Cibiuk Seksyen 7 Bangi mula beroperasi.
Rumah Makan Cibiuk yang pertama di Malaysia ini terletak di Seksyen 7, Bangi , Selangor namun alamat rasminya ialah No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR
 Hasil usahasama dengan pihak Indonesian Partner yang diterajui oleh Pak Hj. Iyus , Rumah Makan ini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan bulan September 2012. Peta dibawah menunjukkan lokasi Rumah Makan ini.


Rumah Makan Cibiuk ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu sebuah kedai corner lot yang menghadap lebuhraya SILK. Dengan kehadiran Rumah Makan Cibiuk ini akan menambahkan lagi pilihan variasi Makanan Sunda bagi rakyat Malaysia.