Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru Masehi 2013

Semoga tahun 2013 ini akan menjana  iltizam yang mantap kepada kita semua untuk maju kehadapan.
Pihak RMC turut berazam untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pramusaji kami kepada anda semua.



Kunjungan Tun Dr. Mahathir ke RMC

Pihak RMC amat berbesar hati diatas kunjungan Tun Dr. Mahathir & Isteri serta deligasi beliau ke RMC pada 22 Disember 2012 lepas.
Semoga kunjungan ini memberikan banyak inspirasi bagi RMC untuk maju kedepan.
Dan semoga beliau akan sudi untuk singgah lagi kemari.

Tun Dr. Mahathir & Isteri di Rumah Makan Cibiuk Kajang

Friday 21 December 2012

Kunjungan Tun Dr. Siti Hasmah








Pihak RMC berbesar hati menerima kunjungan Yg Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali yang kini merupakan Canselor MMU. Beliau menggemari hidangan Nasi Liwet yang dirasakan sedap dan wangi serta hidangan pembasuh mulut yang istimewa iaitu Pisang Keju.

Semoga beliau sudi untuk singgah lagi ke RMC di masa lain.

Wednesday 19 December 2012

Servis Penghantaran Ke Lokasi Anda

                                                              RMC DELIVERY
                                                     - convenient at your door step-

Bayangkan dalam keadaan anda sibuk hingga tidak sempat keluar makan dan perut anda sudah mulai keroncong minta di isi , tiba-tiba makanan yg lazat telah sampai dan dihidangkan terus didepan anda, how convenient this is...

Justeru itu pihak RMC sedang merancang untuk memulakan servis penghantaran di sekitar 5 km radius dari lokasi RMC di Tmn. Putra Kajang. Anda hanya perlu membuat panggilan telefon dan makanan akan terus dihantar ke lokasi anda secara COD.

Oleh itu nantikan berita selanjutnya berkaitan servis ini.
---------

Sunday 2 December 2012

The offline version of Kosmo Coverage

Some extra pictures within the article compared to the online version.


Tinjauan Komen Pelanggan Setakat Ini....


Berikut adalah tinjauan rambang pelbagai komentar yang dapat dilihat di alam cyber in berkaitan RMC.
Kami sertakan sebahagian petikan dari blog2 tersebut dan anda boleh klik link yg disertakan untuk bacaan lanjut.
Mana2 yg bersifat pujian , kami ucapkan terimakasih, manakala mana-mana yang kekurangan kami Hapunten (mohon maaf) dan akan cuba memperbaikinya .

Overall respon kami:
- Tentang Kebersihan: Kami amat menitik berat akan kebersihan (penekanan utama dari pengasas RMC Tn Hj Iyus Ruslan sendiri) dan setiap pusingan waktu akan ada staff yg akan bersihkan kawasan yg selalu perlu diberi perhatian terutama tandas dan sekitarnya. Namun di ketika waktu peak hours mungkin staff kami agak sibuk untuk memperhatikan perkara ini , maka kami perlukan reminder dari para pelanggan untuk sentiasa memastikan restoran ini bersih.
-Tentang Fast Service: Kami rasa ini pengalaman subjektif mengikut waktu mana anda datang ke RMC samaada Peak Hour atau sebaliknya. Namun secara overall our delivery time is acceptable by most customers. Dan kami dalam proses menambah bilangan kakitangan di RMC ini bagi memberi pelayanan yg lebih baik.

TQ
-------------------------========================---------------------


Untuk anak-anak kami order Nasi Goreng Spesel isinya ada sotong, ketam dan apa yek. udah lupa kok….. ada keropok dan telur….
Nasi ni kami bahagi 3 orang… sebab anak-anak saya ni tak tentu seleranya.. kalu order lebih tak makan. order sikit berebut2 nak makan…..Huzaiman suka makan.. maknanya tak pedas la kan??hik3
Tapi sedap nasi goreng nya… so.. saya  CADANGKAN sapa nak order sila order…. sbb sesuai untuk anak-anak la…..



-------------------------========================---------------------

Overall, aku boleh katakan makanan kat sini sedap. Boleh rekemen. Nak makan restoren Sundanese kat KLC C tak mampu, dapat makan di rumah makan dekat umah pun dah kira ok la kan. Lagipun kedai makan ni ada portion untuk donate kepada pondok-pondok pengajian agama kat Malaysia dan Indonesia. Waktu perasmian pembukaannya dulu pun, geng tahfiz yang datang mengaji. Kira ada la jugak, ada pahala hasil sendawa kita.


-------------------------========================---------------------

"...High Point : Fast service in taking orders, entertain request, most polite, great ambiance,

Low Point : Almost none! Even the restroom is unbelievably comfortable and clean.

Rating (out of 5 star)

Food quality & presentation : ★★★★
Service : ★★★★★
Price : ★★★
Food choices : ★★★★
Atmosphere : ★★★★★
Restroom Cleanliness : ★★★★★
Chances we'll go back : ★★★★★★★★★★★★ (Yeahh...!! )"


http://adeezroon.blogspot.com/2012/11/rumah-makan-cibiuk.html?m=1

-------------------------========================---------------------
"Ok.. mula2 skali suasana kedai sangat INDAH.. dalam linkungan pintu2 kaca..dan hiasan klasik nusantara..tapi masih mengekalkan konsep moden dan mewah..ada dua pilihan samada duduk di kerusi atau bersila mengelilingi meja ala-ala meja jepun..
lebih mula dari yang mula2 tadi, sopan santun pekerjanya..MASYAALLAH.. terasa segan nak order atau berlaku cerewet dgn mereka ini..sgt sopan santun, cakap lembut sgt walaupun cakap logat n banyak guna nahu Indonesia.."


-------------------------========================---------------------

Liputan Kosmo Tentang Rumah Makan Cibiuk Malaysia

Berikut adalah petikan rencana dari Suratkhabar Kosmo bertarikh 2 Disember 2012 berkaitan keunikan Rumah Makan Cibiuk Malaysia.

Sambal Sunda paling pedas

KATA pemilik restoran, semakin pedas sambal semakin disukai pelanggan.


WULUJING Sumping dipilih sebagai kata-kata aluan yang dipamerkan pada pintu masuk Restoran Cibiuk yang beroperasi di Kajang, Selangor sejak Oktober lalu.
Membawa maksud selamat datang, ia merupakan cawangan pertama Restoran Cibiuk di Malaysia. Setakat ini ia mempunyai 34 cawangan di Indonesia khususnya di sekitar Jakarta dan Bandung.
Cibiuk, nama sebuah perkampungan di Bandung, terkenal dengan masakan orang Sunda terutamanya sambal. Tidak hairanlah jika restoran ini menyajikan 12 jenis sambal yang dibuat mengikut tahap kepedasannya iaitu daripada 1 hingga 12. Pastinya sambal tahap 12 ialah yang paling pedas.
Menurut pengurus restoran, Yasmin Mansor, makanan orang Sunda kurang berkuah.
Cili merah
“Sambal Sunda popular dengan kepedasannya. Peliknya, semakin pedas semakin pelanggan ingin makan. Walaupun berbeza tahap kepedasan, boleh dikatakan kesemua ramuannya terdiri daripada cili hijau, cili merah dan buah mangga,” terang Yasmin.
Selain itu, pisang goreng bersalut keju serta coklat cair turut menjadi tarikan.
“Kita biasa menikmati pisang goreng tetapi tidak pernah mendengar mengenai pisang keju,” katanya.
Air kelapa durian ala Cibiuk pula jangan dilepaskan.
“Buah kelapa akan dipotong kepada dua bahagian tetapi isi serta sabutnya tidak dibuang. Kemudian, minuman ini dicampur bersama seulas durian, aiskrim vanila dan jeli hijau,” cerita Yasmin.
Makanan lain yang disediakan ialah nasi bakar ayam goreng, paket kasterol nasi liwet dan nasi timbel komplit dengan harga kira-kira RM10,” tutur Yasmin.
Menurut seorang pelanggan, Tariq Abdul Jalil, dia teruja menikmati sambal Cibiuk.
“Semakin terasa pedas semakin kita ingin menikmatinya dengan nasi.
“Kegemaran saya ialah nasi timbel komplit kerana ia lengkap dengan nasi, ayam goreng kampung, tauhu bakar dan sup,” katanya.
Bagi Nurhani Husin, dia menyukai nasi yang rasanya seperti pulut.
“Saya juga tertarik dengan pisang goreng keju yang lazat. Jarang sekali pisang goreng dicampurkan dengan keju serta coklat cair tetapi hasilnya cukup menyelerakan,” katanya.
Perkara lain yang menarik mengenai Cibiuk ialah sebahagian besar pekerjanya, daripada pelayan, tukang cuci, tukang masak hinggalah pengurus merupakan pelajar sekolah tahfiz.
Menurut pemilik bersama Cibiuk Malaysia, Faridah Mansor, perkara itu bertujuan mendedahkan pelajar sekolah tahfiz dengan ilmu keduniaan khususnya perniagaan.
“Mereka boleh menguruskan perniagaan dan berdakwah sekali gus,” Faridah berhujah.
KEPEDASAN sambal diukur daripada tahap 1 hingga 12.


Hafal al-Quran
Tutur beliau, setiap pelajar akan bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum diberikan modal permulaan untuk membuka restoran.
Katanya, setakat ini di Cibiuk Malaysia terdapat tiga pelajar tahfiz yang dibawa dari Indonesia.
Bagaimanapun, pada masa hadapan pihaknya akan mengambil pelajar tahfiz di negara ini khususnya di Selangor.
“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan sekolah tahfiz terbabit supaya mereka bercucuk tanam serta menternak ikan dan ayam kampung untuk dibekalkan kepada restoran kami.
“Ini secara tidak langsung menjana ekonomi sekolah terbabit berbanding bergantung kepada yuran pengajian semata-mata,” katanya.
Seorang pelajar tahfiz, Bubun Bunyamin Qomarudin, 19, berkata, dia pada mulanya agak khuatir tidak dapat menyesuaikan diri.
“Perkara ini jarang dibuat orang tetapi lama-kelamaan saya terbiasa. Malah, saya sempat menghafal al-Quran semasa pelanggan tiada,” ujarnya.
Katanya, dia bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 11 malam dengan gaji RM800 sebulan.
“Sebaik sahaja habis bekerja, saya akan menghafal al-Quran termasuk sebelum solat Subuh,” katanya.
Bagi Hasanuddin Nordin, 28, dia agak lambat belajar di sekolah tahfiz jika dilihat pada usianya.
“Dahulu saya jahil malah gagal membaca al-Quran dengan lancar tetapi restoran ini memberi saya peluang bekerja sambil belajar.
“Jika diizinkan Tuhan, saya ingin mengumpulkan modal sebelum menubuhkan sekolah tahfiz di Indonesia menjelang umur 35 tahun,” azamnya.
Lain pula tekad Muhammad Rizal Fadilah, 19, yang berharap dapat membuka sebuah restoran suatu hari nanti. Katanya, restoran itu juga akan menganjurkan program ceramah keagamaan.
“Pelanggan dapat makan dan mendengar kuliah agama sekali gus,” ujarnya.