Tuesday, 23 October 2012
Sunday, 21 October 2012
Talapia Fresh Sungai Pahang
Ramai yang mengkagumi keenakan rasa Ikan Talapia yang dibawa khas dari Sungai Pahang ini. Datangnya dari jauh , all the way from Temerloh. Walaupun harga pasarannya agak premium berbanding talapia yg terdapat di sekitar Lembah Kelang ini namun demi kualiti pihak RMC tetap memilih ikan yg istimewa ini untuk hidangan di sini. Jemputlah tuan-puan untuk merasakannya keunikan rasa ikan Talapia ini yang pasti mengecurkan air liur bila dibuat masak Goreng Bersayap, bakar kicap atau bakar cobek mahupun goreng pedas.
Tuesday, 16 October 2012
Promosi Oktober 2012-Diskaun 10%
Begitulah Promosi untuk Bulan Oktober 2012 ini iaitu 10% diskaun dari nilai jumlah bil anda sempena meraikan pembukaan rasmi RMC yang telah diadakan pada minggu lepas. Marilah beramai-ramai merebut peluang ini dengan membawa family dan rakan untuk menikmati kelainan masakan Sunda asli ini.
Terdapat berbagai keistimewaan dengan menu yang pelbagai terutama bagi penggemar Ayam Kampong kerana masakan Sunda ini menggunakan ayam kampung asli di dalam resepinya selaras dengan slogan menghidangkan makanan yang bergizi kepada pelanggannya.
Oleh itu pastikan temujanji anda di RMC.
Saturday, 13 October 2012
Testimonial Rumah Makan Cibiuk Kajang
Berikut adalah salah satu live testimonial dari para pengunjung RMC Kajang. Anda boleh lihat lebih banyak testimonial di
http://cibiuk.my/testimonial/
----------
En. Khaidir Elias, Cheras, Selangor
http://cibiuk.my/testimonial/
----------
En. Khaidir Elias, Cheras, Selangor
Friday, 12 October 2012
Wednesday, 10 October 2012
Kunjungan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah ke RMC
Rumah Makan Cibiuk Kajang menerima kunjungan dari Pakar Motivasi tanah air Dato' Dr. Haji Mohd.Fadzilah Kamsah bersama ahli keluarganya. Semoga masakan dan hidangan Jawa Barat ini dapat memenuhi selera orang -orang Jawa di Malaysia ini.
Bagi mereka yang terfikir-fikir apakah aktiviti yg menarik untuk anak-anak mereka sertai ketika cuti sekolah yang panjang nanti , mungkin program yang disediakan oleh pakar motivasi kita ini dapat memberikan kelainan dan kesan yang positif InsyaAllah. Program beliau boleh di ikuti di link berikut.
atau
Facebook
Monday, 8 October 2012
Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang
Pada hari Ahad 7 Oktober 2012, terciptanya sejarah Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang sebagai cawangan yang pertama di Malaysia ini. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dihadiri oleh para hadirin yg dijemput khas seramai lebih kurang 200 orang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran diikuti dengan ucapan kata alu-aluan dari pihak RMC Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan khas pihak RMC Indonesia. Selanjutnya para hadirin mendengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin dari Darul Huffaz. Kemuncak majlis adalah upacara menandatangani Plaque yg dilakukan oleh Haji Iyus Ruslan , Pengasas RMC . Akhirnya tayangan video khas dengan lagu korporat RMC telah di persembahkan. Dan akhirnya semua hadirin dijemput menikmasti hidangan yg disediakan.
Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian para hadirin dan tetamu serta pelanggan yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.

Friday, 5 October 2012
Pembukaan rumah makan bermula 2 Oktober 2012
![]() |
AYAM KAMPONG GORENG KELAMBU |
![]() |
KELAZATAN AYAM KAMPONG |
Website Rasmi cibiuk.my
Website Rasmi Cibiuk Malaysia |
Subscribe to:
Posts (Atom)