Friday, 3 August 2012

Rumah Makan Cibiuk Malaysia

Bagi mereka yang sudah biasa pergi ke Bandung berkemungkinan besar pernah menjamu selera di rangkaian restoran makanan Sunda  yang dikenali dengan nama Rumah Makan Cibiuk. Rumah makan ini amat terkenal dengan sambalnya yang lazat, unik dan tidak memedihkan mulut. Terdapat 12 jenis sambal yang biasa di hidangkan kepada pelanggan dan yang paling terkenal adalah sambal hijaunya. Kini bagi mereka yang meminati hidangan Sunda dari Cibiuk ini , mereka boleh menikmatinya di Malaysia apabila Rumah Makan Cibiuk Seksyen 7 Bangi mula beroperasi.
Rumah Makan Cibiuk yang pertama di Malaysia ini terletak di Seksyen 7, Bangi , Selangor namun alamat rasminya ialah No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR
 Hasil usahasama dengan pihak Indonesian Partner yang diterajui oleh Pak Hj. Iyus , Rumah Makan ini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan bulan September 2012. Peta dibawah menunjukkan lokasi Rumah Makan ini.


Rumah Makan Cibiuk ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu sebuah kedai corner lot yang menghadap lebuhraya SILK. Dengan kehadiran Rumah Makan Cibiuk ini akan menambahkan lagi pilihan variasi Makanan Sunda bagi rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen dan cadangan

Post a Comment