Monday, 8 October 2012

Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang

Pada hari Ahad 7 Oktober 2012, terciptanya sejarah Perasmian Pembukaan Cawangan Rumah Makan Cibiuk Kajang sebagai cawangan yang pertama di Malaysia ini. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah dihadiri oleh para hadirin yg dijemput khas seramai lebih kurang 200 orang dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran diikuti dengan ucapan kata alu-aluan dari pihak RMC Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan khas pihak RMC Indonesia. Selanjutnya para hadirin mendengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin dari Darul Huffaz. Kemuncak majlis adalah upacara menandatangani Plaque yg dilakukan oleh Haji Iyus Ruslan , Pengasas RMC . Akhirnya tayangan video khas dengan lagu korporat RMC telah di persembahkan. Dan akhirnya semua hadirin dijemput menikmasti hidangan yg disediakan.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian para hadirin dan tetamu serta pelanggan yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.









Friday, 5 October 2012

Suasana Nyaman Resto Sunda

Lesehan

Kaunter



Rumah Sambal

Water Element

Sebaik melangkah kedalam Rumah Makan Cibiuk anda akan terasa seolah-olah berada di salah satu resto di Indonesia. Suasana nyaman dan damai dengan alunan gemersik Sundanese bunyi-bunyian pasti membahagiakan sesiapa saja yang bertandang kesini.

Pembukaan rumah makan bermula 2 Oktober 2012




AYAM KAMPONG GORENG KELAMBU

KELAZATAN AYAM KAMPONG














 Akhirnya Rumah Makan Cibiuk Malaysia ini telah beroperasi dengan rasminya pada Selasa 2 Oktober 2012 yang lepas. Memang sungguh bersyukur rasanya setelah membuat begitu banyak persediaan akhirnya hajat dan cita-cita terlaksana. Semoga ia menjadi batu loncatan untuk mengembangkan Cuisine masakan Sunda di negara ini.





Website Rasmi cibiuk.my

Website Rasmi Cibiuk Malaysia
Website rasmi ini dilancarkan bersama dengan pembukaan restoran yang telah beroperasi dengan rasminya pada 2 Oktober 2012 yang lepas. Banyak maklumat yang boleh di perolehi disini. Silalah lawati untuk maklumat lanjut.

Friday, 3 August 2012

Progress Rumah Makan Cibiuk-Part2

Segala kerja pengubahsuaian sedang berjalan lancar. Berikut adalah foto progress kerja renovasi setakat
 3 Ogos 2012.

Musolla siap diplaster

Lesehan dan Kaunter

Lesehan

Kaunter

Progress Rumah Makan Cibiuk-Part1

Kerja-kerja pengubah-suaian bagi Rumah Makan Cibiuk ini telah bermula pada pertengahan Julai 2012 yg lepas. Berikut adalah sebahagian dari gambaran kerja-kerja yang telah bermula dan status pada 25/7/2012.

Musolla dan Lesehan

Border untuk Dapur

Bahagian Dapur


Rumah Makan Cibiuk Malaysia

Bagi mereka yang sudah biasa pergi ke Bandung berkemungkinan besar pernah menjamu selera di rangkaian restoran makanan Sunda  yang dikenali dengan nama Rumah Makan Cibiuk. Rumah makan ini amat terkenal dengan sambalnya yang lazat, unik dan tidak memedihkan mulut. Terdapat 12 jenis sambal yang biasa di hidangkan kepada pelanggan dan yang paling terkenal adalah sambal hijaunya. Kini bagi mereka yang meminati hidangan Sunda dari Cibiuk ini , mereka boleh menikmatinya di Malaysia apabila Rumah Makan Cibiuk Seksyen 7 Bangi mula beroperasi.
Rumah Makan Cibiuk yang pertama di Malaysia ini terletak di Seksyen 7, Bangi , Selangor namun alamat rasminya ialah No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR
 Hasil usahasama dengan pihak Indonesian Partner yang diterajui oleh Pak Hj. Iyus , Rumah Makan ini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan bulan September 2012. Peta dibawah menunjukkan lokasi Rumah Makan ini.


Rumah Makan Cibiuk ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu sebuah kedai corner lot yang menghadap lebuhraya SILK. Dengan kehadiran Rumah Makan Cibiuk ini akan menambahkan lagi pilihan variasi Makanan Sunda bagi rakyat Malaysia.