Sunday, 24 February 2013

New Telefon Number RMC

Dengan kemasukan Unifi servis ke RMC , kami telah mendapat no tel rasmi fixline number untuk Rumah Makan Cibiuk. Nombornya juga amat mudah untuk diingat.

03-87415000

Card Credit Facility

Dengan rasa kesyukuran dan demi untuk memudahkan para pelanggan ,kami ingin mengumumkan bahawa kemudahan Kad Kredit telah beroperasi di RMC semenjak beberapa minggu lepas. Semoga kemudahan ini dapat memudahkan para pelanggan yang tidak membawa wang tunai atau yang perlu membayar jumlah yang besar di premis ini.

Kad Kredit Terminal at RMC

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H dan RMC Tutup untuk sehari


Rumah Makan Cibiuk akan DI TUTUP esok (Khamis 24 Januari 2013) selama sehari sempena Sambutan Maulidur Rasul. Kami akan beroperasi seperti biasa pada hari Jumaat selepas solat Jumaat.

Pihak RMC mengucapkan Selamat Menyambut MaulidurRasul 1434H semoga bertambah banyak selawat dan kecintaan kita kepada Sunnah Baginda SAW dan memperolehi syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.

Monday, 21 January 2013

Sessi Bersama Artis Fauziah Ghous Jam 3.00 Ptg Hari ini (Selasa 22 Jan).

Satu Sessi Bersama Artis Fauziah Ghous dan Harian Metro akan diadakan pada Jam 3.00 Ptg Hari ini (Selasa 22 Jan).

Dijemput tuan-puan datang ke Rumah Makan Cibiuk untuk sama-sama  memeriahkan program ini.

Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru Masehi 2013

Semoga tahun 2013 ini akan menjana  iltizam yang mantap kepada kita semua untuk maju kehadapan.
Pihak RMC turut berazam untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pramusaji kami kepada anda semua.



Kunjungan Tun Dr. Mahathir ke RMC

Pihak RMC amat berbesar hati diatas kunjungan Tun Dr. Mahathir & Isteri serta deligasi beliau ke RMC pada 22 Disember 2012 lepas.
Semoga kunjungan ini memberikan banyak inspirasi bagi RMC untuk maju kedepan.
Dan semoga beliau akan sudi untuk singgah lagi kemari.

Tun Dr. Mahathir & Isteri di Rumah Makan Cibiuk Kajang

Friday, 21 December 2012

Kunjungan Tun Dr. Siti Hasmah








Pihak RMC berbesar hati menerima kunjungan Yg Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali yang kini merupakan Canselor MMU. Beliau menggemari hidangan Nasi Liwet yang dirasakan sedap dan wangi serta hidangan pembasuh mulut yang istimewa iaitu Pisang Keju.

Semoga beliau sudi untuk singgah lagi ke RMC di masa lain.